<body>


ineedahug.
honey, everyone does.

Navigations are at the top

ABOUT {what i've}
LINKS {been looking for}
TAG {all this time}

bold italic underline link

Tuesday, March 31, 2009
Derap-derap tasbih 3:24 PM


Apa yang telah terjadi pada hatiku? perasaan aneh sudah mula menjalar. sangat halus, namun aku boleh merasakannya. Perasaan yang telah mengangkat aku ke langit tinggi. Terbang melayang menatap pelangi indah, gemerlap cahaya yang terang berkemilau, terang tetapi bukan siang, sangat indah tetapi tidak pula meriah, sepi tapi tidak sendiri. Susah untuk dikatakan. Malah terlalu sukar untuk diluahkan. Jika ada duri menyucuk diri, aku tetap beringat bahawa inilah lumrah seseorang insan yang tidak boleh dielakkan.

Rabbi..
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Sucikan cintanya
Lembutkan rindunya

Rabbi..
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasihmu
Terangi langkahnya dengan nurmu
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan
Temani dia dalam kesepian

Rabbi..
Ku titipkan cintaku padamu untuknya
Resapkanlah rinduku pada rindunya
Mekarkanlah cintaku bersama cintanya
Satukan hidupku dan hidupnya.


Maafkan aku jika ada yang terluka ketika bersamaku. Aku hanyalah insan yang lemah dan penuh dengan keburukan.